Hubungi RIDAM


No.16, PT5982,
Taman Intan Geliga Besar,
24000 Kemaman, Terengganu

H/P: 019-9891078 / 012-6763447
(SMS tidak dilayan)
(rawatan melalui temujanji sahaja)

Waktu Rawatan 
Dibuka setiap hari kecuali malam Jumaat
9:00am - 11:00am
2:00pm - 6:00pm
8:30pm - 11:00pm

Sila klik link di bawah untuk paparan lebih jelas

 


RIDAM?

SIAPA RIDAM?
RIDAM adalah singkatan kepada RAWATAN ISLAM DARUL MANZIL.Ianya ditubuhkan secara komersial pada pertengahan 2007 di Kemaman Terengganu oleh Sdr. Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.

Manzil
Namanya diambil sempena peristiwa dimana Rasulullah S.A.W mengubat seorang Badwi yang mengalami Sakit Gila atau Sawan dengan beberapa himpunan ayat dalam Al-Quran .Dengan izin Allah S.W.T, si Badwi itu tadi sembuh.Himpunan ayat tersebut digelar Doa Manzil yang bermaksud ‘amalan seisi rumah atau keluarga”.

Selain mengamalkan Doa Manzil dalam perubatan, Rawatan Islam Darul Manzil juga menggunakan Doa Haikal, Doa Nabi Khaidir A.S, Doa Nurun Nubuwwah, Doa Abu Darda’ dan banyak lagi doa-doa yang diamalkan oleh para Nabi, Rasul dan Wali Allah dalam usaha membantu dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kini, Pusat Rawatan Islam Darul Manzil di daftarkan dalam operasi syarikat Manzil Enterprise bersama kepelbagaian jenis perniagaan usahasama yang lain.

Biodata Pengasas

BIODATA PENGASAS
RIDAM diasaskan oleh saudara Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.Dilahirkan pada 20 September 1982 di Kuala Lumpur.Berketurunan Kelantan tetapi lama menetap di Kemaman, Terengganu. Merupakan bekas Jurutera Perancangan & Sistem Kawalan di beberapa syarikat Oil & Gas dan Kejuruteraan Awam.Juga pernah aktif sebagai Freelance Safety Officer di sebuah  syarikat Oil & Gas di Kemaman.

Bergiat secara tidak langsung dengan perubatan tradisional Islam sejak berumur 10 tahun dan mula menjalankan rawatan komersial sejak pertengahan 2007. 

Objektif & Misi Darul Manzil ditubuhkan adalah untuk menjaga sunnah Rasulullah S.A.W dan membantu orang ramai yang mengalami masalah spiritual,emosi dan masalah fizikal.
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design